Selasa, 23 Julai 2013

TRADISIONAL

               PAKAIAN TRADISIONAL              

Baju Melayu Cekak Musang
Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju,tengkuk "cekak" tinggi atau leher tegak empang leher.Pengertian "cekak musang" merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri 2.5 cm melingkari leher.Ukuran ditentukan oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya.Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.


Baju Teluk Belanga
Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga,Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19.Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga di sebut selengkap "Baju Melayu".


Baju Kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan.Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai dua kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian.Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti "mengurung atau menutup" anggota badan .Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan islam,sehinggalah istilah "kurung " diertikan sebagai bau yang selesa dan longgar,labuh atau panjang.Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya "baju kurung bernyawa" walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.


Baju Riau
Baju ini baju berbelah di hadapan seakan-akan kebaya pendek.Baju Riau disebut juga pakaian "Engku Puteri atau Raja Hamidah" puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan