Jumaat, 20 September 2013

Pengenalan arca

APA ITU ARCA?

MAKSUD ARCA:
Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi.Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut.Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir,melarik,mencungkil dan menguris.Selalunya arca dapat dilihat di galeri.Taman permainan dan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan

JENIS ARCA
                                                     

Arca Asemblaj ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang brbeza dan digabungkan menjadi sebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60.Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai "jnk scuulpture" iaitu arca barangan terpakai atau buruk atau rosak.Arca Asemblaj yang terkenal ialah "Homeege to New York",karya Jean Tinguely.




Arca Timbulan ini juga dikenali sebagai arca relief,dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimbulkan menjadi imej tiga dimensi.Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca.Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong,memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelingi figura atau binantang akan menjadi fgura tersebuat timbul dari permukaan dan kelihatan menarik.Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan